'39 MP lompat parti sejak PRU-14, isyarat demokrasi negara tak sihat'

  • 2 years ago
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan bahawa seramai 39 ahli Parlimen telah melompat parti sejak PRU-14.

Ketika membentangkan pindaan perlembagaan yang akan diundi di Dewan Rakyat hari ini, katanya ini merupakan isyarat bahawa amalan demokrasi di negara ini berada dalam keadaaan yang 'tidak sihat' dan membimbangkan.