Capaian Internet | RM4 bilion pasang gentian optik di4,000 sekolah

  • 2 tahun lalu
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) memperuntukkan RM4 bilion untuk pemasangan hab rangkaian gentian optik titik kehadiran atau Point Of Presence (POP), membabitkan hampir 4,000 sekolah di seluruh negara.

Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata ia membabitkan pemasangan di Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Timur dan juga di Sabah dan Sarawak, yang bakal mewujudkan perkhidmatan capaian rangkaian internet lebih stabil dan berkelajuan lebih tinggi.