Ditahan di Kemboja | Wisma Putra sahkan 16 rakyat Malaysia ditahan

  • 2 tahun lalu
Kementerian Luar mengesahkan 16 warga Malaysia telah ditahan pihak berkuasa Kemboja dan dihantar ke Balai Polis Phnom Penh untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menjelaskan sama ada 16 individu terbabit termasuk dua yang dinyatakan oleh Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong, perkara itu akan disiasat.