Ramadan | Nombu kanji juadah istimewa Masjid Kapitan Keling

  • 2 tahun lalu
Jika di ibu negara, terkenal dengan Bubur Lambuk Kampung Baharu, di Pulau Pinang, nombu kanji atau Bubur Lambuk Masjid Kapitan Keling antara juadah istimewa yang sering ditunggu-tunggu masyarakat di negeri itu, khususnya di sebelah Georgetown.

Penggemar nombu kanji pastinya tidak dapat melupakan kelazatan bubur lambuk berwarna kuning yang dihiasi dengan taburan daun sup dan bawang goreng memandangkan juadah ini hanya disajikan pada bulan Ramadan sahaja.

Disyorkan