Ramadan | Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Ramadan

  • 2 tahun lalu
Bersempena ketibaan bulan Ramadan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyeru seluruh umat Islam mengaut keberkatan di bulan yang mulia ini untuk meneguhkan lagi ketakwaan dalam diri dan menggandakan ibadah serta amalan.

Seri Paduka Baginda turut menyeru umat Islam di Malaysia mengimarahkan bulan yang penuh dengan keberkatan ini juga dengan pelbagai bentuk pengisian bermakna dan memperkukuhkan lagi ukhuwah sesama insan.