'Kalah usul Sosma, k'jaan dah hilang asas moral untuk terus memerintah'

  • 2 years ago
Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz berkata kerajaan telah hilang asas moral untuk terus memerintah negara.

Katanya ini apabila kerajaan tewas dalam undian belah bahagi berkaitan subseksyen Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) semalam.

Kata Nazri, meskipun belum ada duluan, mengikut amalan demokrasi yang diamalkan di United Kingdom, sekiranya kerajaan kalah dalam mana-mana usul atau rang undang-undang (RUU), jalan yang betul adalah untuk “kembali mendapatkan sokongan daripada pengundi”.