Pelaksanaan HIDE | Premis patuh arahan kerajaan untuk tutup tiga hari

  • 2 tahun lalu
Pada 8 Mei lepas, 151 premis dan lokasi disenaraikan dalam pengecaman lokasi panas untuk libat urus dinamik (HIDE) dan perlu menutup premis mereka bermula 9 sehingga 11 Mei.
Di Selangor dan Kuala Lumpur saja, sebanyak 120 premis diarahkan tutup dan tinjauan ke beberapa lokasi pada Isnin dan Selasa mendapati semuanya mematuhi arahan ditetapkan kerajaan.