Virus COVID-19 | Penduduk Perak perlu waspada varian Afrika Selatan

  • 2 tahun lalu
Penduduk di Negeri Perak dinasihatkan agar berwaspada dan terus memperkasa amalan norma baharu susulan penemuan virus COVID-19 varian Afrika Selatan (B.1.351) yang dilaporkan di negeri itu kerana ia sangat mudah berjangkit.
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Perak (Kesihatan Awam) Dr Ummi Kalthom Shamsudin berkata varian itu dikesan selepas sampel terpilih daripada kes-kes positif dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk penjenisan gen lengkap beberapa minggu lalu.

Disyorkan