Mat Rempit | Penghantar makanan & kakitangan kerajaan terlibat

  • 2 tahun lalu
Penghantar makanan perkhidmatan e-hailing dan kakitangan kerajaan antara 11 individu ditahan kerana menunggang serta membonceng motosikal dengan melakukan aksi merbahaya di sekitar ibu negara, pada Ahad.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, Operasi Samseng dilakukan selama tiga jam bermula jam 1 pagi.