Pemalsuan Sijil | Bekas kerani bank babit kerugian RM1.435 juta

  • 2 tahun lalu
Seorang bekas kerani bank mengaku bersalah atas 55 pertuduhan menipu pelanggan dan memalsukan dokumen berkaitan pembelian Sijil Simpanan Premium (SSP) membabitkan kerugian kira-kira RM1.435 juta.

Tertuduh, Mohd Sufian Talib, 36 tahun membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Nooriah Osman mengikut Seksyen 420, 465 dan 467 Kanun Keseksaan.

Disyorkan