Menangani Krisis | ‘Sistem bermasalah, bukan sahaja pemimpin’

  • 2 tahun lalu
Masalah yang dihadapi tatkala negara masih bergelut dengan pandemik COVID-19, bukan hanya berpunca daripada kepimpinan kerajaan yang kurang cekap, tetapi melibatkan sistem secara keseluruhan.
Dalam Sesi Webinar Leaders Speakeasy pada Selasa, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Dan Pengerusi CIMB, Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak berpandangan, Malaysia menangani krisis kesihatan ini dengan baik di peringkat awal, namun campur tangan politik menjadi punca situasi meruncing.