Pawagam dibuka semula: GSC harap penonton patuh SOP

  • 2 tahun lalu
Syarikat pengendali pawagam terbesar Malaysia, Golden Screen Cinemas (GSC) mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sempena pembukaan semula pawagam esok.

Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas Group, Koh Mei Lee berkata, langkah itu bagi mencegah jangkitan COVID-19 dan sekali gus membantu pihak pengusaha industri untuk terus menyediakan paltform hiburan kepada penonton seisi keluarga.