COVID-19 | PM mulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan hari ini

  • 2 tahun lalu
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula secara rasmi hari ini dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan menjadi individu pertama di negara ini menerima vaksin itu pada kira-kira 3 petang.
Pelaksanaan program tiga fasa yang diawalkan dua hari berbanding jadual asal pada 26 Feb (Jumaat) itu bakal menyaksikan lebih 500,000 anggota barisan hadapan menerima vaksin.
Fasa pertama ini akan berlangsung sehingga April.