Dadah | Dua sepupu dicekup cuba seludup dadah waktu PKP

  • 2 tahun lalu
Tindakan sindiket pengedaran dadah cuba menyeludup masuk bahan terlarang itu melalui ‘laluan tikus’ ke negeri Melaka dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tumpas selepas pihak polis berjaya merampas lebih 15 kilogram dadah dipercayai jenis syabu bernilai 2.4 juta ringgit.
Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, ia susulan penahanan seorang lelaki berusia 39 tahun pada Khamis lalu yang membawa kepada penemuan sebuah beg pakaian berisi 15 ketulan mampat dadah berkenaan, di tepi jalan sekitar Tanjung Kling.