CBP kenakan larangan produk Sime Darby Plantation

  • 2 tahun lalu
Agensi perlindungan kastam dan sempadan Amerika Syarikat (CBP) mengenakan sekatan terhadap minyak sawit dan produk lain yang dikeluarkan Sime Darby Plantation Bhd dan syarikat subsidiarinya.
Dalam satu kenyataan, CBP memaklumkan pengeluaran perintah sekatan (Withold Release Order) berdasarkan maklumat bahawa syarikat tersebut mempunyai 11 tanda buruh paksa yang ditetapkan oleh Organisasi Buruh Antarabangsa.