AWANI Ringkas: Jangan aniaya rakyat kerana politik jumud | Muhyiddin tidak berhadapan krisis

  • 2 tahun lalu
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan para pemimpin supaya tidak menganiaya rakyat oleh kerana dipengaruhi emosi dendam dan pemikiran politik jumud.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang). Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan tidak timbul isu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berdepan krisis kepercayaan dalam Dewan Rakyat.
Beliau menjelaskan, ia berdasarkan dua senario iaitu muhyiddin terima sokongan 114 ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri dan rang undang-undang perbekalan (Belanjawan ) 2021 yang diluluskan pada 26 November.

Disyorkan