AWANI Ringkas: PN setuju bentuk Majlis Presiden | Amanah nafi beri tempoh 7 hari kepada Anwar

  • 2 tahun lalu
Perikatan Nasional bersetuju membentuk Majlis Presiden yang dianggotai semua ketua parti kerajaan bagi membincangkan dasar kerajaan.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, cadangan itu dipersetujui menerusi Mesyuarat Dipengerusikan Presiden Parti Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.
Parti Amanah nafi ada mengeluarkan kenyataan memberi tempoh 7 hari kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengotakan janji mendapatkan sokongan majoriti ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad menjelaskan berita melalui laporan sebuah portal itu berniat untuk melaga-lagakan Amanah dan Anwar.

Disyorkan