Astro lancar Pelan A+ SPM, siri seminar akademik khusus untuk calon SPM

  • 2 tahun lalu
Kajian yang dilakukan Astro Tutor TV mendedahkan bahawa pelajar berdepan masalah fokus ketika pembelajaran atas talian berbanding fokus pembelajaran dalam televisyen.
Sehubungan itu bermula 13 November lalu, Astro melancarkan pelan A+ SPM, siri seminar akademik khusus bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia, SPM sebagai medium tambahan pembelajaran mereka untuk menjawab peperiksaan kelak
Menurut pengurus saluran Astro Tutor TV Cecilia Wong, antara lain, pelajar boleh menghadiri seminar secara maya ini selama 2 jam dan mendapatkan tips berguna daripada guru berpengalaman untuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.

Disyorkan