APEC 2020: Isu vaksin dan keselamatan disuarakan Malaysia

  • 2 tahun lalu
Malaysia telah mengambil langkah menyuarakan kepentingan untuk semua negara asean berganding bahu dengan pertubuhan antarabangsa bagi memastikan vaksin COVID-19 mudah diperolehi di rantau ini, sebaik ia berjaya dibangunkan.
Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara itu telah dibangkitkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang kemuncak ASEAN, termasuk mesyuarat dengan rakan-rakan dialog ASEAN.