DBKL rancang naik taraf ITIS - Annuar Musa
  • 2 tahun lalu
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang merancang untuk menaiktaraf sistem amaran banjir bersama Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) bagi mewujudkan sistem amaran awal banjir.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, sistem tersebut mampu memberikan amaran awal kepada penduduk yang tinggal di kawasan berisiko.