AWANI Ringkas: Menang di Georgia, Joe Biden kukuhkan kemenangan | Dominic Cummings, penasihat utama PM UK letak jawatan?
  • 2 tahun lalu
Bakal Presiden, Joe Biden mengukuhkan lagi kemenangannya ke atas Presiden Donald Trump selepas memenangi negeri Georgia.
Kemenangan itu sekaligus meninggalkan Trump dengan serpihan harapan untuk cuba mencabar kemenangan melalui tuntutan undang-undang dan kiraan semula undi.
Dominic Cummings yang merupakan penasihat utama Perdana Menteri Boris Johnson bakal letak jawatan.
Spekulasi mengenainya semakin kencang apabila beliau dilihat meninggalkan pejabat Downing Street.
Disyorkan