Nahas helikopter Taman Melawati: Pengurusan jenazah Allahyarham Mohd Sabri

  • 2 tahun lalu
Proses bedah siasat mangsa nahas helikopter, Allahyarham Kolonel (B) Mohd Sabri Baharon, selesai dijalankan kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.
Jenazah telah diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan dibawa ke Masjid Khalid Al-Walid, Jalan Padang tembak untuk dikafan dan disolatkan.
Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves.
Untuk mendapatkan perkembangan semasa, kita bersama wartawan, Hasimi Muhamad di lokasi.