ESSCom berjaya rampas 12,200 karton seludup bernilai RM152, 288

  • 2 tahun lalu
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) rampas 12,200 karton rokok seludup yang bernilai RM152, 288 dalam satu serbuan di Blok Lima Kampung Titingan Tawau semalam.
Menurut Komandernya Datuk Ahmad Fuad Othman rampasan adalah hasil maklumat berhubung pergerakan mencurigakan sebuah bot dari Pulau Sebatik menuju ke Kampung Titingan.