Kes pertama COVID-19 dikesan di lokap polis

  • 2 tahun lalu
Polis mengesahkan terdapat satu lagi kes positif COVID-19 melibatkan tahanan reman di Pulau Pinang selepas kes di Penjara Reman dan Penjara Seberang Perai.
Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Sahabudin Abd Manan, kes tersebut merupakan yang pertama dikesan di lokap polis.