COVID-19: Pengusaha gelanggang sukan gulung tikar akibat pendemik

  • 2 tahun lalu
Walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan kelangsungan ekonomi negara, pengusaha sebuah gelanggang futsal di Shah Alam, Selangor tetap menerima tempias dari pandemik COVID-19.

Lokasi yang menjadi tumpuan atlet dan peminat sukan futsal ini akhirnya terpaksa gulung tikar selepas mengalami kerugian mencecah ratusan ribu ringgit sepanjang tempoh penularan.