Geng Fizi babitkan kes pecah rumah dengan kerugian RM2 juta tumpas

  • 2 tahun lalu
"Geng Fizi" yang aktif melakukan kes pecah rumah dengan mensasarkan kediaman mewah di sekitar daerah Sungai petani akhirnya tewas selepas pihak Polis berjaya menahan lima suspek sindiket berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, kesemua suspek lelaki ditahan antara 19 September hingga 1 Oktober lalu di sekitar Kupang, Baling, Bukit Selambau dan Jalan Pudu di Kuala Lumpur.