Murid Tahun Dua ditemui lemas

  • 2 tahun lalu
Seorang murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir ditemui lemas ketika mandi bersama rakan sekampung di Sungai Terengganu.

Mangsa, Muhammad Adam Qayyum Abdul Hadi, 8 tahun bersama abang serta beberapa rakannya dikatakan pergi memancing sebelum mandi di sungai itu kira kira jam 6.30 petang Khamis.