Seorang lagi suspek kes bunuh pemilik bengkel kereta direman

  • 2 tahun lalu
Seorang pencuci kereta berusia 26 tahun menjadi individu terbaharu direman pihak polis kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang pemilik bengkel kereta di bandar Amanjaya, Sungai Petani, 12 September lalu.
Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Majistret Nadhirah Abdul Rahim selama lima hari bermula hari ini sehingga 26 September bagi membantu siasatan polis.