Pasar nelayan Seberang Kota ditutup

  • 2 tahun lalu
Pasar nelayan Kampung Seberang Kota Kuala Kedah, ditutup sementara bermula semalam selepas terdapat maklumat bahawa terdapat kontak rapat dengan pesakit COVID-19 yang memakai gelang merah jambu mengunjungi pasar berkenaan.
Penutupan pasar awam itu disahkan, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Nor Azman Mohd Noor.