Amerika Latin catat 60 peratus kes baharu COVID-19

  • 2 tahun lalu
Amerika Latin merekodkan 60 peratus daripada kesemua kes baharu COVID-19 dan 64 peratus daripada kesemua kes baharu kematian seluruh dunia.

Menurut Organisasi Kesihatan Pan Amerika (PAHO), jumlah kematian COVID-19 di Brazil, Mexico dan Amerika Syarikat merangkumi 77 peratus daripada kesemua kematian sejak minggu lalu dan kini sedang berdepan dengan penularan wabak paling buruk di dunia.