PKPP: 165 ditahan atas pelbagai kesalahan, termasuk aktiviti kelab malam

  • 2 tahun lalu
Hari ke-25 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menyaksikan 165 individu ditahan atas pelbagai kesalahan, termasuk penglibatan dalam aktiviti di pub dan kelab malam.
Dalam satu kenyataan media hari ini, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah keseluruhan yang ditahan, 14 individu telah direman manakala 151 lagi telah dikompaun.
Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk aktiviti pub atau kelab malam sebanyak 96 kes, aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial dua kes, dan aktiviti yang melanggar sop 67 kes.

Disyorkan