Sukan air, kolam renang dibenarkan mulai 25 Jun

  • 2 tahun lalu
Kerajaan hari ini membenarkan pembukaan semula sektor sukan air dalam kolam renang untuk aktiviti latihan tanpa sentuhan fizikal berkuatkuasa 25 Jun ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri juga bersetuju untuk membenarkan operasi kolam renang di tempat terkawal.
Ia termasuk kolam renang persendirian di kediaman, komuniti berpagar serta kolam renang awam di hotel dan kelab rekreasi.
Namun, katanya kebenaran tersebut tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) termasuk menyediakan petugas bagi memastikan jumlah pengguna kolam renang adalah terkawal.

Disyorkan