Masih ingkar! Polis tahan tiga lelaki memandu dalam keadaan mabuk

  • 2 tahun lalu
Tiga lelaki ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi 'Op Alkohol dan Pencegahan Jenayah' yang dilaksanakan di beberapa lokasi sekitar Petaling Jaya, pada Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, operasi dijalankan antara jam 11 malam hingga 3 pagi bertujuan mencegah pengguna jalan raya memandu atau menunggang kenderaan dalam keadaan mabuk sehingga membahayakan keselamatan pengguna lain.

Disyorkan