SOP solat berjemaah, Jumaat perlu mendapat perkenan Agong

  • 2 tahun lalu
Pada dasarnya, kerajaan bersetuju jika jumlah jemaah bagi mengadakan solat Jumaat dan berjemaah di masjid bergantung kepada keluasan rumah ibadat itu.
Prosedur operasi standard (SOP) berkenaan dilaksanakan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Bagaimanapun, pelaksanaan berkaitan hal ehwal agama itu perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan sebarang pengumuman akan dibuat Menteri Hal Ehwal Agama.

Disyorkan