Bekas Pengarah agensi kerajaan dan tiga lain direman kes rasuah

  • 2 tahun lalu
Seorang bekas Pengarah Institut Penyelidikan di sebuah agensi kerajaan bersama tiga Pengurus Syarikat direman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bernilai hampir 70 ribu ringgit.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Wan Aziantie Ab Karim @ Isa bermula Rabu.