Gadis hilang ditemui di tebing sungai

  • 2 tahun lalu
Tular di laman sosial video memaparkan operasi menyelamat seorang gadis yang ditemui dalam akar pokok di tebing sebatang sungai di Felcra Kruak, Jertih, Terengganu pada Rabu.

Gadis berusia 20 tahun itu sebelum ini dilaporkan hilang sejak 16 Mei lalu selepas keluar dari rumah menunggang motosikal berseorangan.