Pencapaian pendidikan negara masih paras purata negara-negara OECD

  • 2 tahun lalu
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan penghargaannya kepada guru- guru yang telah mencapai pelbagai kejayaan cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pada masa sama, beliau menyatakan pencapaian negara kita secara keseluruhannya masih berada di bawah paras pencapaian purata negara-negara OECD.

Oleh itu, beliau menuntut guru- guru di Malaysia supaya melipat gandakan lagi usaha untuk melonjakkan kualiti pendidikan negara agar setanding dengan kualiti pendidikan di peringkat antarabangsa

Disyorkan