PKPB: Pengusaha belum sedia membuka Taska, bimbang penularan

  • 2 tahun lalu
Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) memaklumkan kebanyakan pengusaha taman asuhan kanak-kanak (Taska) masih belum bersedia untuk kembali beroperasi pada Isnin.
Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya, Shamsinah Che Shariff berkata persiapan membuka Taska tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa.
Selain memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi, kakitangan Taska juga perlu bersedia untuk mengelakkan sebarang jangkitan covid-19 berlaku di pusat asuhan tersebut.