Zalim? Undang-undang terhadap PATI tidak berubah sebelum dan selepas PKP
  • 2 tahun lalu
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang ditahan pada Jumaat telah dikuarantin wajib di kawasan PKPD sekitar Masjid India dan ujian saringan swab test yang dibuat ke atas mereka adalah negatif. Tetapi status mereka masih sama iaitu sebagai PATI.

Undang-undang melibatkan PATI tidak berubah sebelum dan semasa PKP. Mereka tetap bersalah sebab menceroboh negara. Oleh itu, pihak imigresen telah menghantar mereka ke depo-depo tahanan dan akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang.