Pertimbang buka semula industri penting negeri waktu PKP

  • 2 tahun lalu
Kerajaan negeri Perak memohon supaya Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan untuk membuka semula beberapa industri dan sektor penting bagi menggerakkan ekonomi negeri selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan lagi.
Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, antara industri yang telah dicadangkan untuk dibuka semula di Perak termasuk pengkuarian dan kayu, yang tidak melibatkan bilangan operasi pekerja yang ramai.