Operasi penghantaran keperluan asas ke Pulau Sibu

  • 2 tahun lalu
Bagi mereka yang tinggal di gugusan Pulau Mersing, mendapatkan barangan keperluan harian semasa Pelaksanaan Kawalan Pergerakkan, merupakan sesuatu yang rumit, berbanding hari-hari biasa.
Lebih-lebih, industri pelancongan yang menjadi sumber pendapatan utama terjejas teruk sejak merebaknya COVID-19 dan PKP.
Bagi memastikan barangan keperluan asas tidak terputus, pejabat daerah mersing menggerakkan operasi menghantar bantuan kepada 556 penduduk di lima pulau di Mersing.