Semua penumpang yang akan dikuarantin akan dibawa menaiki bas, bukan trak

  • 2 tahun lalu
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan laporan berita mendakwa mereka yang dikuarantin dibawa menggunakan trak penjara. Katanya, trak hanya digunakan untuk membawa barangan penumpang itu sahaja.

Sehingga 3 April, sebanyak 184 kertas siasatan telah dibuka oleh PDRM dan SKMM berhubung penyebaran palsu. Daripada jumlah itu, 20 kes telah dibuka dan didakwa di mahkamah.

Disyorkan