359 warga Malaysia di India selamat dibawa pulang, 1790 lagi terkandas

  • 2 tahun lalu
Seramai 359 rakyat Malaysia yang terkandas di Tiruchirappalli, India selamat tiba menerusi dua buah pesawat sewa khas Malindo Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) pada Khamis.

Sementara 1,790 lagi rakyat Malaysia yang masih terkandas di negara berkenaan dijadualkan tiba ke tanah air pada 3 hingga 6 April 2020 bagi membawa pulang.