Guan Eng ambil tindakan tuduhan RM2 juta tanpa pengisytiharan

  • 2 tahun lalu
Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pemimpin Pemuda Umno dan beberapa individu lain, dipercayai menyebarkan berita palsu mengenai anaknya.
Melalui satu kenyataan, beliau berkata, Pemuda Umno yang menggunakan nama 'Papa Azri' itu menyebar berita palsu mendakwa beliau ke Singapura pada 29 Februari lalu selepas anak lelaki ditahan kerana membawa wang berjumlah RM2 juta tanpa pengisytiharan.