PGA rampas daun ketum bernilai hampir RM300 ribu

  • 2 tahun lalu
Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 3, Bidor, Perak merampas 1.2 tan daun ketum bernilai RM200 ribu dalam tempoh tiga hari di kawasan ops wawasan di Kedah dan Perlis.
Menurut Pegawai Pemerintah Medan, Suprintenden Rosman Kasman, dalam operasi pertama Jumaat lalu pihaknya turut merampas tiga buah motosikal bernombor plate Thailand dan sebuah motosikal tempatan.