AWANI Pagi: Menjual Kuala Lumpur sebagai Gedung Buku Dunia

  • 2 tahun lalu
Kuala Lumpur melakar sejarah baharu apabila diiktiraf sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Pengiktirafan ini diberikan kepada bandar raya yang menunjukkan komitmen yang tinggi kepada aktiviti berkaitan dengan buku, kesusasteraan, kesenian dan gerakan membaca dalam kalangan warga kotanya.

Sehubungan dengan hal itu, Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia mengangkat slogan “KL Baca: Menyantuni Masyarakat Melalui Pembacaan” serta mengetengahkan konsep kepelbagaian budaya dan pemuliharaan alam sekitar.