Buang stigma kos rawatan kesihatan mental mahal

  • 2 tahun lalu
Selain stigma takut dan malu untuk mendapat bantuan dalam masalah kesihatan mental, stigma mengenai kos rawatan yang mahal juga antara punca mengapa masih ramai berdiam diri daripada mendapatkan rawatan.
Menurut Pakar Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Madya Dr Amer Siddiq Amer Nordin, kos rawatan untuk masalah kesihatan mental adalah sama seperti rawatan sakit yang lain, dan saluran juga boleh dipilih sama ada di hospital kerajaan atau swasta.