Gangguan seksual fizikal terhadap anak saudara

  • 2 tahun lalu
Seorang Juru Analisis Pendataan didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang, pada Khamis atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya, berusia enam tahun dengan menyuruh mangsa memegang kemaluannya.
Tertuduh berusia 33 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azrul Darus.

Disyorkan