Suu Kyi tuduh Gambia menyimpang daripada fakta

  • 2 tahun lalu
Bekas ikon pro-Demokrasi Myanmar Aung San Suu Kyi tampil ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa pada Rabu bagi mempertahankan tuduhan yang dibuat bahawa kerajaannya terbabit dalam genosid terhadap warga Rohingya.

Ketika membentangkan kenyataanya kepada sidang hakim di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ), Suu Kyi berkata, pihak tentera Myanmar tidak pernah terlibat dalam pembunuhan, rogol dan pembakaran kampung warga Rohingya seperti yang didakwa.

Tetapi sebaliknya, Suu Kyi berkata, negeri Rakhine berdepan dengan konflik bersenjata antara tentera Buddha Arakan dan tentera kerajaan.

Disyorkan