Hulur bantuan ketika PRK tidak beretika - SPR

  • 2 tahun lalu
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mendakwa tindakan Pakatan Harapan (PH) memancing undi dengan menghulurkan bantuan wang tunai adalah menyalahi undang-undang serta tidak beretika.
Dalam satu kenyataan hari ini, badan bukan kerajaan itu berkata, mereka kecewa dengan perlakuan kerajaan yang menyalahgunakan sumber kerajaan semasa tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.